Pages

Thursday, 8 November 2018

11.11 ONLINE SALE 😱



📢11.11. 18 ONLY 1 DAY ONLINE SALE 📢
====================================



Tudia tudia tudia, Shaklee pun buat sales hebat pada 11.11 ni, bukan shopee or lazada ja wei😱

*Energy booster*
📌 CoQtrol beli 2 @ 11% DISKAUN 

*Tingkatkan kesihatan mata*
📌 Carotomax buy 2 @ 11% DISKAUN

*Kesuburan wanita/kestabilan hormon*
📌 GLA Complex buy 2 @ 11% DISKAUN

*YOUTH Pelembab siang/malam*
📌 Youth Day Moisturizer with SPF 50 combo             with Night Cream @ 11% DISKAUN ( MUST 
       HAVE ITEM )





Wow wow wow ! Biasanya shaklee buat promo twin pack less 5% ja tau, special sangat 11.11 ni twin pack less 11% 😍

Mai booking siap², 11hb zass kak tih tolong orderkan untuk hampa💛


http://NorjanahRamli.wasap.my (019.364.3376)

.

#1dayonly
#special1111
#teamBIJAKSIHAT

Tuesday, 30 October 2018

MELUAT ESP SEHINGGALAH MISCARRIAGE..



Kak tih meluat ESP sehinggalah miscarriage....
=======================================






"Kadang² Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa²nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah..."

Begitula jugak dengan kisah keguguran anak syurga kami 4 tahun yang lalu..Allah pinjamkan sekejap, kemudian Allah ambik balik untuk anak² syurga kita berehat sambil menanti kita di SyurgaNya insyaallah😭

Kisah duka ini hanya wasilah untuk Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik..Supaya kita lebih dekat denganNya..Supaya kita tersedar semua nikmat yang kita terima hanya pinjaman dan milik Allah..Allah boleh ambil kembali bila² masa sahaja tanpa kita duga

Allah dah janji setiap kesukaran ada kesenangan, Allah dah pesan "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" { Al- baqarah : 216}

Kekuasaan Allah juga bila Kak Tih nekad nak ikhtiar dengan Esp ketika berpantang, k.ipaq kak tih cadang suruh cuba campuq dengan air milo plak..tiba² rasa sedap plak bila campuq Esp ngan milo..Rezeki pelbagai bentuk dan hadir tanpa disangka bentuknya kan kan..Walhal sebelum ni punya la meluat/ xsuka/xlalu/tekak xboleh terima...

Alhamdulillah ala kullu hal wanikmah, diringkaskan cerita sejak hari kedua keguguran iaitu 31 october 2014 ➡️ bermulanya episod Kak tih cintakan Esp walaupun sebelumnya xsuka ya amat dan dah tau Esp ni banyak manfaatnya💃💃💃💃

.

Apa bestnya berpantang dengan esp?
☑️ Luka/rahim cepat pulih
☑️ Lebih bertenaga
☑️ Emosi lebih terkawal
☑️ Kulit makin sihat berseri
☑️ Rambut kurang gugur

Betul ka lebih bertenaga? Alhamdulillah, minggu ke-2 keguguran kak tih dah travel ke Kuching untuk join 1st event shaklee..hu³.. Matu - Kuching amik masa 10jam jugak tau naik kereta dan merentasi 3 feri..Pulun dan gagah nak p jugak demi menuntut ilmu dan sedut aura upline² tersayang🤪

Eh, banyak lagi sebenarnya manfaat ESp tu..So, moralnya jika hampa masih belum jatuh cinta dengan Esp, jom la bercinta mulai hari ni...Dont give up jika masih belum terima Esp seadanya sebab Esp ni sangat penting dan bagus untuk kita semua terutamanya kaum wanita yang begitu berharga..Para suami, recommanded hadiahkan untuk insan² tercinta hampa yang banyak berkorban demi anak² & keluarga💛

Sekian, #kisahmeluatEsp 🤗

p/s: makanan tambahan ni ikhtiar saja ok, kuasa Allah jua yang melebihi segala usaha kita
.

#repost
#teamBIJAKSIHAT

UJIAN ADALAH TARBIYAH

Hari ni hari paling dinanti²kan setiap tahun - 30 October..Its so special when your besday is coming😍




Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa²nya hujan di tengah hari😭

.

7 pagi di bilik guru:
================

Suasana sedikit suram ,guru² lain sudah mengatur langkah ke dewan untuk meraikan majis rasmi..Hanya tinggal aku bersama seorang lagi cikgu handsome bergaya yang tekun mengedit teks doa untuk majlis sebentar lagi..

Kejadian luar biasa berlaku tatkala sudah beberapa minggu bendera merah tidak kunjung tiba (Petanda berita gembira setiap ibu bapa ketika anak sulong sudah berusia 2tahun 2bulan)..Berbaur perasaanku bercampur takut dan gementar ..Apa yang terjadi sebenarnya?

Tanpa membuang masa..'Sayangku, mai sini sat..' Pintaku kepada cikgu handsome nun jauh di sudut belakang bilik guru..Awat? Bleeding😱..'Jom p klinik, teks doa dah siap,satgi boleh mintak ustaz R ganti untuk bacakan doa', bicara cikgu handsome penuh berhikmah.

.

8 pagi di klinik M :
================

Alhamdulillah klinik berdekatan sudah buka, insyaallah tiada apa² yang perlu dirisaukan, bicara diri sendiri demi menenangkan hati yang gusar ..

Saat berjumpa dengan nurse, setelah beberapa soalan diberikan, respon diterima agak memeritkan..'Puan perlu ke hospital D, kami xboleh buat apa2' ..

Cikgu handsome segera meminjam kereta dari salah seorang guru smart yang lain kerana ketika itu kami 3beranak hanya memiliki motosikal untuk ke mana²..Alhamdulillah, cikgu2 tempatan memang sangat baik hati dan memahami.

.

9 pagi di hospital D :
=================

Sambil menahan sedikit ketidakselesaan, langkah perlahan diatur menuju ke bahagian kecemasan..Pada hemat kami ini salah satu kes kecemasan yang perlu diambil tindakan segera!

Namun jawapan di sini terasa lebih memilukan..'Puan perlu ke Klinik D, mereka yang urusan hal ibu dan anak..kami xboleh buat apa sebelum dapat reference dari mereka'..Lebih kurang begitu la maksud ayatnya yang aku paham walaupun sejujurnya langsung tidak dapat aku hadam butir bicara mereka kerana terlalu gementar dan sedikit kecewa mungkin.

.

9.30 pagi di Klinik D :
=================

Bangunan bersumber kayu penuh ini sudah dijilat api 3 tahun lepas kerana kebakaran yang berlaku pada tengah malam (balai bomba di seberang sungai - feri xoperasi pada t/malam, maka bomba tidak boleh sampai), tapi memori 4 tahun lalu masih utuh dalam ingatanku..

Langkah diatur perlahan menyelusuri anak²  tangga untuk ke kaunter pertanyaan..Selepas penerangan ringkas aku diarahkan ambil nombor seperti ibu² lain dan melakukan ujian air kencing dan sebagainya..

Beberapa jam berlalu masih belum dapat berjumpa doktor..Adakah bleeding di awal kehamilan bukan satu kes kecemasan yang perlu di utamakan walaupun ibu² lain juga perlukan perhatian segera?

To be continue😁

.

#repost
#kisahmeluatEsp
#teamBIJAKSIHAT

Monday, 29 October 2018

KAK TIH MELUAT ESP😱



Kak Tih salah seorang yang meluat dengan ESp😱😱
======================================
.

.

Awas, entry ini agak panjang berbanding biasa ‼️

.

.
4 tahun lalu Kak Tih terjebak dengan Shaklee gara² dok survey supplemen untuk bantu masalah anemia Kak Tih yang  Dr sahkan pada tahun 2010..Sejak sekolah menengah sebenaqnya dah ada simptom2 anemia ni, tapi xtau plak simptom2 adalah tanda2 anemia!

.

.

Bermula dengan kekerapan datang bulan yang boleh jadi jugak faktor penyumbang kepada anemia (anemia ada banyak katogeri dan faktor penyumbang), disusuli mudah pitam jika berdiri lama or berlari jauh macam merentas desa..Dulu kan perhimpunan hari Isnin dan budak asrama rajin posa sunat Isnin Khamis..Ehem², lani pakat rajin posa lagi ka tu👀👀👀..So, if xdan soq pada hari perhimpunan, memang bersedia la orang sebelah Kak Tih nak kena usung Kak tih p ke tepi..Yeay, boleh duduk💃💃💃💃

.
.

Kak Tih jarang demam, tapi sesekali demam memang azab la, kerap dok kena amik darah sejak sekolah tapi sah2 xlayak derma darah😭😭..Percubaan pertama nak derma darah ialah zaman PLKN..Anak muda cintakan negara, mesti la nak berkorban apa saja..kui3..Tapi rejected! Xcukup hemoglobin @ zat besi😱...Masa tu memang xkisah pun cukup ka dak zat besi bagai..Lagipun Kak Tih ni fesyen xmakan sayuq² hijau, susu soya bagai pun xlalu..Ishk3, pendek cerita xpelik langsung la zat xcukup sebab memang memilih makanan sejak dulu kala🤦

.

Zaman matrix dan Universiti selalu hampir pitam time merentas desa dan hiking..Sehinggalah satu ketika selepas dah habis praktikal dan menunggu konvokesyen rasanya, Kak Tih demam panjang..Eh, xsure plak tengah praktikal kot...ha3..xpala, yang penting tahun 2010..Bila demam panjang mula la asyik kena amik darah ja setiap hari..Habih semua tempat kena cucuk nak dapatkan darah..Siksa ooo, darah malu nak keluaq😂😂😂😂..Setelah berbulan2 siri saringan darah, akhirnya Dr sahkan ada anemia..Alhamdulillah bukan tahap merbahaya or thalasemia!

.

Belum masuk masalah time pregnant lagi, ibu2 yang xdak anemia pun selalu dapat masalah anemia time pregnant kan, apatah lagi Kak Tih yang memang ada anemia 2 tahun sebelum pregnant..So, dek kerana anemia boleh membahayakan ibu dan anak ketika pregnant, Kak Tih mula mencari supplemen setelah anakanda Muhammad berusia 1tahun 6bulan..Mak ia, lambatnya Kak Tih insaf kan..hu3..Better late than never guys😉😉😉😉

.

Produk pertama Kak Tih try ialah Vitalea..Diikuti VitaC dan B-complex pada bulan2 berikutnya..Ada rasa perubahan dan kesan baiknya Alhamdulillah😍 Kerap plak dengaq pasai Shaklee sejak tu membuatkan Kak Tih terjoin ahli Shaklee secara PERCUMA pada Mei 2014...Tapi Kak Tih ni bukan golongan suka makan ubat dan seangkatannya😓..Jadi, Kak Tih dok usha² la produk yang xgaduh telan besaq2, yang boleh minum ja..Of course, ESP la pilihannya..Tapi masalahnya Kak tih xminum soya dan adik beradik soya💆💆

.

Waktu tu teringat la kt UFO, dia pernah beli tapi xhabis pun minum..Gigih mintak dia pos sample dari Semenanjung ke Sarawak..Bila bancuh dan minum..Ewek, terus tangguhkan niat nak amalkan Esp walaupun dok belajaq dah sikit² kehebatan dan keistimewaan Esp ni..

✔️Sumber protein berkualiti tinggi
✔️Bantu kenyang dan bertenaga lebih lama due to GI 
      rendah
✔️Kalsium tinggi
✔️ Lemak rendah dan kolestrol FRee
 

.

Dan macam2 lagi la keistimewaan Esp ni..Pantang promosi ja, macam orang kena rasuk geng² Shaklee borong Esp untuk customer masing2..Ishk3, heran sungguh la depa ni, sedap tang mana pun xtau la yang depa suka minum siang malam..Hari2 pulak tu makan minum..Pastu pakat la dok share shaklee effect depa konsisten minum Esp⬇️

☑️ Kulit makin gebu/ jerawat kecut/makin cerah
☑️ Berat makin turun bila boleh kurangkan makan nasi
☑️ Puasa lebih selesa bila gastrik dah berkurang
☑️ Mak ayah lebih bertenaga dan gembira beribadah
☑️ Baby tidoq lebih nyenyak bila susu makin meriah

.
.

Dan banyak sangat lagi la testimoni depa..Semua pakat jatuh cinta sungguh dengan Esp..Kak Tih ni pulun la dok try bancuh ngan ayaq buah bagai tapi xlalu jugak😱😱😱..Meluat sungguh2 dengan ESP masa tu xtau nak habaqq la..Dah la Kak Tih dah slow2 lebarkan sayap sebarkan kebaikan shaklee..xsyiok la bila nak try juai esp (banyak sangat manfaat) tapi kita sendiri xsuka makan kan..Ya Allah, sabaq jela ngan ESP ni kan..memang xdak feel nak cerita kebaikan Esp sebab Kak Tih belum dapat manfaatnya😭😭😭😭
.
.

Tapi semuanya mula berubah bila Allah pinjamkan sekejab si dia dalam rahim Kak Tih pada saat ini 4tahun yang lalu ! Dah panjang sangat ni, nanti Kak Tih sambung dalam karangan ke-2 na😂..Tqvm semua yang sudi baca sampai habis..Like sedaih tanda sokongan..Moga sedekah like hampa ni Allah ganjarkan perkara yang lebih baik💛💚💛💚

.
.
p/s : Nak jugak tempek gambaq konvo 8 tahun lepas😁
.

.
#repost
#kisahmeluatEsp
#teamBIJAKSIHAT

Sunday, 28 October 2018

TIPS BELI BARANGAN BABY DI SHOPEE



Lepas kak tih post pasai set kombo jimat semalam, ada ibu² hamil whastupp kak tih tanya harga..




So, kak tih share sikit untuk rujukan ibu² terutamanya yang suka beli on9 untuk jimat masa & tenaga...




Sebenaqnya Bang tih yang rajin dok survey kt shopee ni, memang ibu² kena rajin compare harga sebab standard la kt shopee kan ada resellers kan..





So, sebelum beli :

1. Compare harga
2. Refer feedback berapa ramai dah beli & puas 
     hati
3. Utamakan yang ada tulis 'Prefered' kt atas
4. Guna kupon free shipping shopee sebelum 
    proceed payment


Bukan setakat set tilam ja tau, banyak lagi barangan keperluan baby boleh didapati dengan harga yang sangat jimat !




Haa, 1 ja kak tih nak pesan, if nak beli set berpantang #healthypostnatalset Shaklee ja jangan gatai² beli kt shoppee na, pihak shaklee xbenarkan produk shaklee dijuai di mana² laman e-dagang.Nak mudah beli dari kak tih ja💛

http://NorjanahRamli.wasap.my






Moga bermanfaat untuk ibu² yang sedang survey barangan nak berpantang😍

.

#kaktihshare
#tipskehamilan
#teamBIJAKSIHAT

WARGA PENENG/KEDAH/PERLIS NAK JANA PENDAPATAN????




*LATIHAN PENGEDAR BARU*
========================
.


♻️ 4 NOVEMBER 2018 AHAD
♻️ LOKASI : Teluk Bahang 
♻️ 9 pagi - 5 petang


*Pagi *
- pengenalan syarikat
- what shaklee can gives us?
- letopkan sales secara offline
- kuiz interaktif

*petang*
- letopkan sales secara online
- why suppliment
- kepentingan suppliment dalam hidup kita
- kuiz interaktif

Yuran kursus *RM10* Sahaja
Makan tengahari disediakan
.

Tudia, macam free ja kan training ni ?






Jom jangan lepaskan peluang warga Peneng/Kedah/Perlis yang berminat nak mulakan langkah jana pendapatan bersama Shaklee..


Boleh ajak saudara mara/jiran/rakan taulan yang berminat juga! Nanti kak tih guide hampa dari zero to hero biiznillah💛




.

Sebarang kemusykilan roger kak tih 019.364.3376🏃🏃🏃


#letsstriveforourexcellent
#janapendatandarirumah

Wednesday, 24 October 2018

TIPS HB MAINTAIN COMEY


Dah makan macam² pun HB segan nak naik???




3 TIPS MUDAH UNTUK MAINTAIN HB YANG COMEY :
=================================


HB rendah bukan masalah ibu mengandung ja, ramai jugak pengidap anemia or bukan pun yang xsedar pun HB mereka rendah rupa²nya..

.

Kak tih share antara tips lagu mana nak bagi HB mantain comey👇






1. Makan iron tablet 1 jam sebelum makan atau tunggu 2 jam selepas makan supaya perut dalam keadaan lebih berasid, maka iron akan diserap dengan lebih baik. 





2. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dalam diet harian. Jarakkan pengambilan iron bersama minuman berkafein seperti kopi/teh/milo/nescafe sekurang²nya 2jam sebab kafein boleh merencatkan dan mengganggu penyerapan iron. 






3. Hb rendah boleh disebabkan masalah kurang iron absorption/ penyerapan zat besi! So,kena lebihkan makanan tinggi Vitamin C contohnya buah jambu batu & oren untuk membantu penyerapan iron yang lebih baik. 




Nak mudah, telan ja Vita-C shaklee ni..Bulan ni ada promosi harga terlajak murah tau !

Rugi sangat pulun telan iron tablet sampai tutup hidung bagai, berdoa jangan muntah lagi, tapi badan tak serap sepenuhnya pun.😂



4. Jarakkan pengambilan pil iron bersama produk tenusu seperti susu sebab ia boleh merencatkan dan mengganggu penyerapan iron




1st pregnancy HB kak tih pernah drop sampai 8.1 dan xpernah achieve 11 tau, Alhamdulillah 4th pregnancy ni dah achieve 12.2 latest Hb biiznillah😘







Ibu² yang ada masalah HB segan nak naik walaupun dah makan macam² , jom cuba amalkan 3 sekawan Vitalea + Vitamin c + Bcomplex macam kak tih & ibu² ni dan jaga pantang larang macam kak tih cerita kt atas tadi na..Kami dah berjaya, anda pun pasti berjaya dengan izin Allah💛




#kaktihshare
#teamBIJAKSIHAT