Hari ni hari paling dinanti²kan setiap tahun - 30 October..Its so special when your besday is coming😍
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa²nya hujan di tengah hari😭
.
7 pagi di bilik guru:
================
Suasana sedikit suram ,guru² lain sudah mengatur langkah ke dewan untuk meraikan majis rasmi..Hanya tinggal aku bersama seorang lagi cikgu handsome bergaya yang tekun mengedit teks doa untuk majlis sebentar lagi..
Kejadian luar biasa berlaku tatkala sudah beberapa minggu bendera merah tidak kunjung tiba (Petanda berita gembira setiap ibu bapa ketika anak sulong sudah berusia 2tahun 2bulan)..Berbaur perasaanku bercampur takut dan gementar ..Apa yang terjadi sebenarnya?
Tanpa membuang masa..'Sayangku, mai sini sat..' Pintaku kepada cikgu handsome nun jauh di sudut belakang bilik guru..Awat? Bleeding😱..'Jom p klinik, teks doa dah siap,satgi boleh mintak ustaz R ganti untuk bacakan doa', bicara cikgu handsome penuh berhikmah.
.
8 pagi di klinik M :
================
Alhamdulillah klinik berdekatan sudah buka, insyaallah tiada apa² yang perlu dirisaukan, bicara diri sendiri demi menenangkan hati yang gusar ..
Saat berjumpa dengan nurse, setelah beberapa soalan diberikan, respon diterima agak memeritkan..'Puan perlu ke hospital D, kami xboleh buat apa2' ..
Cikgu handsome segera meminjam kereta dari salah seorang guru smart yang lain kerana ketika itu kami 3beranak hanya memiliki motosikal untuk ke mana²..Alhamdulillah, cikgu2 tempatan memang sangat baik hati dan memahami.
.
9 pagi di hospital D :
=================
Sambil menahan sedikit ketidakselesaan, langkah perlahan diatur menuju ke bahagian kecemasan..Pada hemat kami ini salah satu kes kecemasan yang perlu diambil tindakan segera!
Namun jawapan di sini terasa lebih memilukan..'Puan perlu ke Klinik D, mereka yang urusan hal ibu dan anak..kami xboleh buat apa sebelum dapat reference dari mereka'..Lebih kurang begitu la maksud ayatnya yang aku paham walaupun sejujurnya langsung tidak dapat aku hadam butir bicara mereka kerana terlalu gementar dan sedikit kecewa mungkin.
.
9.30 pagi di Klinik D :
=================
Bangunan bersumber kayu penuh ini sudah dijilat api 3 tahun lepas kerana kebakaran yang berlaku pada tengah malam (balai bomba di seberang sungai - feri xoperasi pada t/malam, maka bomba tidak boleh sampai), tapi memori 4 tahun lalu masih utuh dalam ingatanku..
Langkah diatur perlahan menyelusuri anak² tangga untuk ke kaunter pertanyaan..Selepas penerangan ringkas aku diarahkan ambil nombor seperti ibu² lain dan melakukan ujian air kencing dan sebagainya..
Beberapa jam berlalu masih belum dapat berjumpa doktor..Adakah bleeding di awal kehamilan bukan satu kes kecemasan yang perlu di utamakan walaupun ibu² lain juga perlukan perhatian segera?
To be continue😁
.
#repost
#kisahmeluatEsp
#teamBIJAKSIHAT
No comments:
Post a Comment