Pages

Wednesday, 24 October 2018

NAK TUNGGU BAYI MENINGGAL BARU NAK USAHA NAIKKAN HB?

HB RENDAH CABARAN IBU HAMIL



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 50% ibu mengandung mengalami anemia dan sebilangan dari mereka mengalami anemia tahap kritikal. Jadi, apa kaitannya antara anemia dan bacaan hb?


HB (Hemoglobin ) ialah molekul protein yang berada di dalam sel darah merah dan berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan anda.

Manakala, anemia pula ialah keadaan yang terjadi apabila darah dalam badan manusia kekurangan hemoglobin dari paras yang normal. Kerana itu, ia juga dipanggil HB rendah dan kurang darah merah.





Hb rendah akan mengakibatkan keletihan yang amat teruk. Keletihan ini berlaku kerana badan tidak mempunyai set darah merah untuk membawa oksigen ke dalam badan.

Sel darah merah atau yang kita panggil Hb ini adalah protien yang kaya dengan zat besi yang bertugas membantu sel- sel darah merah membawa oksigen daripada paru- paru kepada setiap sel tisu badan.

Jika kita mengalami Hb rendah, maka kita akan selalu merasai situasi dibawah:

1. Tiba- tiba rasa tidak boleh bernafas.
2. Pening yang teruk hingga merasakan seolah 
    dunia sedang berpusing
3. Sakit kepala yang teruk, sehingga tahap susah
    bangun
4. Kaki dan tangan sentiasa berada dalam 
    keadaan sejuk
5. Berasa sakit dibahagian dada
6. Selalu rasa gelap atau ingin pitam apabila 
    bangun daripada pembaringan atau bangun 
    daripada tempat duduk.

Apabila oksigen tidak cukup, maka jantung kita perlu bekerja lebih keras untuk membawa oksigen ke seluruh badan, dan inilah penyebab kepada hati selalu berdebar- debar dan ianya boleh membawa kepada penyakit lain jika tidak dirawat nauzubillah!



Anemia/Hb rendah boleh berlaku atas beberapa faktor :

1. Berlakunya luka dan pertumpahan darah yang 
    banyak (period/kehamilan/bersalin atau 
    pembedahan).

2. Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam 
    badan.(thalasemia, anemia sickle cell atau 
    toksik yang terhasil dari penyakit buah 
    pinggang).

3. Kekurangan penghasilan sel darah merah 
   dalam badan kerana kekurangan nutrisi yang 
   diperlukan (ini yang selalu berlaku pada ibu 
    yang hamil)⬇️

✔️Anemia Disebabkan Kekurangan Iron – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.
.

✔️Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik – Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.
.

✔️Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang. 





Penyakit anemia atau kurang darah di kalangan ibu hamil tidak boleh dianggap remeh sebab kesannya cukup bahaya kepada ibu dan bayi. 


BAHAYA DAN KESAN BURUK ANEMIA PADA IBU MENGANDUNG ⬇️

Sekiranya kita mengambil mudah dan tidak bertindak untuk menaikkan bacaan HB rendah kita semasa hamil, kita berisiko tinggi untuk mengalami:

✅Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu 
     keguguran
✅Bayi tidak dapat mebesar dengan baik 
     semasa  dalam janin
✅Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
✅Ibu terpaksa menerima darah (blood 
     transfusion) dari sumber lain semasa proses 
     bersalin (SANGAT  BERISIKO TINGGI)
✅Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup 
     berat badan (bayi pramatang).Akibat dari bayi 
     pramatang ialah, bayi berisiko untuk 
     mengalami demam kuning yang lama.
✅Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di 
     bahagian tulang ke belakang (spina bifida) 
     dan bahagian otak (salah satunya ialah 
     sindrom down)



Xpelik la setiap kali check up bulanan, misi or doktor beletiaq if HB kita rendah kan..Sampai ada yang tanya,
Nak tunggu bayi meninggal ka baru nak usaha naikkan HB?


So, ibu² jom usaha amalkan pemakanan seimbang dan topup dengan makanan tambahan sebelum terlambat..





Cadangan kak tih mestila 3 sekawan Vitalea + Vitamin c + Bcomplex !



Vitamin C ni tengah promosi beli 3 diskaun 5% tau ibu², lets grab them now🏃





1st pregnancy Hb kak tih pernah drop sampai 8.1, tapi sekarang 4th pregnancy misi puji Hb comey latest Hb 12.2 Alhamdulillah..So, ibu² pun berpeluang cerah nak maintainkan HB cun💛

1 comment:

  1. Stainless Steel Gears of War, Iron Dog by GameArt
    Iron Dog by titanium dab tool GameArt is an authentic leather-steel dog video game. is a titanium headers trademark of GameArt since 2006 and titanium nitride bolt carrier group was previously titanium sponge published titanium damascus in the English English and $27.99 · ‎Out of stock

    ReplyDelete