Pages

Sunday 14 February 2021

VITAMIN C : FAKTA VS AUTA 1

Sebagai pengamal perubatan nutrisi hampir 10 tahun, saya setuju dengan KKM mengenai pengambilan vitamin C. Tak perlu "berlebihan".
Cuma saya tak setuju dengan daily Recommended Nutrient Intake (RNI). Jadi kena perati balik takrifan berlebihan tu.
Secara amnya, usus orang dewasa yang sihat akan cirit apabila dos vitamin C melebihi 2000mg.
Namun menurut kajian Robert F. Cathcart 1981 mendapati bahawa semakin kita sakit, semakin banyak vitamin C usus kita mampu terima.
Maknanya, masa kita kena batuk selsema..kita boleh ambil vitamin C lebih banyak tanpa angin dan cirit birit.
Saya sendiri biasa ambil 5000mg 4-6kali sehari ketika sakit...ternyata pulih lebih cepat. Kesan kelegaan simtom lebih ketara.
Saya nak jelaskan dengan lebih tepat & terperinci kesan pengambilan vitamin C dalam gambarajah KKM untuk panduan semua:
1) Peningkatan Batu karang Oksalat - hanya berisiko bagi mereka yang sudah punyai batu karang. Ia lebih tinggi risiko pada lelaki. Tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi menyebabkan risiko batu karang.
Punca utama batu karang ialah urinary stasis. Dehidrasi dan penyakit berkait.
2) Ketidakselesaan gastrousus...orang kita panggil "angin" lah mungkin berpunca:
# Dos melebihi toleransi usus. Boleh bahagikan dos vitamin C kepada beberapa bahagian untuk lebih serasi.
# Jenis vitamin C: Jenis asid (askorbik) lebih risiko sebabkan angin berbanding jenis garam (askorbat).
Risiko angin hanya jika perut bermasalah angin. Orang sihat tiada isu dengan asid askorbik.
# Bahan tambahan bersama suplemen vitamin C seperti gula alkohol (maltitol biasanya) berisiko sebabkan kembung.
# Risiko krisis awal atau krisis kesembuhan ni bukannya mitos. Ini kerana vitamin C di dalam kajian saintifik merupakan immunomodulator. Apa-apa yang mengaktifkan imun boleh ada reaksi angin gastrosus tu. Macam kesan vaksin COVID19 tu jadi cirit.. pakar kata sebab pengaktifan imun.
3) Penyerapan Zat Besi Berlebihan Bagi Penghidap Talassemia.
- Benda masih belum konklusif. Isu utama jika ada penyakit haemochromatosis (penyerapan zat besi berlebihan) dalam pesakit talasemia.
Tapi rata-rata kajian saintifiknya, vitamin C dos biasa bagi pesakit talassemia adalah sangat bermanfaat! Ia bantu kurangkan stres, bantu pemulihan, bantu peningkatan oksigen dll.
4) Peningkatan Perkumuhan Asid Urik.
Ni saya sokmo share. Orang ada gout memang bagus sangat ambil vitamin C sebab ia bantu buang urik asid berlebihan. Di samping itu, bantu kuatkan organ hati punca gout tu..insha Allah.
.
Ingat ya..
#1 Bukan vitamin C sahaja yang optimumkan sistem Imun..
*Tapi sistem Imun takkan optimum tanpa vitamin C.
.
#2 Bukan vitamin C sahaja yang boleh mencegah penyakit...
*Betul, tapi vitamin C lah yang paling awal sekali kita kena topup untuk cegah penyakit. Its a FACT.
.
#3 Bukan vitamin C sahaja yang boleh cantikkan kulit...
*Vitamin C ni bantu cegah kerosakan "pengaratan" kulit akibat radikal bebas terutamanya AGE sebab banyak makan manis. Vitamin C memang awet muda.
* VitC Tingkatkan penghasilan kolagen yang jadikan kulit gebu dan anjal.
* VitC ni halang enzim tyrosinase yang hasilkan pigmen kulit melanin. Jadi kulit jadi flawless dan cerah glowing.
Kesimpulannya: "Rugi sape tak ambik vitamin C untuk kecantikan" ( Kata bekas doktor estetik).
.
#4 Bukan Vitamin C sahaja Penting Untuk Kehidupan..
* Iya benar..tetapi vitamin C ialah vitamin yang PALING PENTING.
Dos mencukupi adalah penting terutamanya ketika sakit kerana:
- Sewaktu sakit, badan kita perlu lebih banyak vitamin C untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas (stres dalaman).
- Vitamin C perlu untuk aktifkan sel darah putih dan sistem imun sewaktu jangkitan kuman.
- Vitamin C membantu pemulihan dengan membina kolagen dan matriks sel.
- Sewaktu jangkitan, dos tinggi juga mampu menghasilkan peroksida yang berupaya membunuh segala jenis jangkitan kuman.
Beginilah..cubalah tanya kepada ahlinya. Doktor perubatan nutrisi. Doktor pakar pengkaji...pengamal vitamin C ini...
Apakah satu-satunya vitamin yang terbaik yang mereka sarankan untuk kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental?
.
Saya pasti mereka akan jawab VITAMIN C.
.
.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
May be an image of ‎text that says '‎VITAMIN C: APA YANG PERLU ANDA TAHU? يَرا Kesan pengambilan vitamin c berlebihan: Peningkatan perkumuhan oksalat yang menyebabkan batu karang Penyerapan zat besi yang berlebihan bagi penghidap talassemia. Ketidakselesaan gastrousus termasuk cirit-birit Peningkatan perkumuhan asid urik Ingat! Bukan vitamin sahaja boleh optimakan sistem imun badan. Bukan vitamin sahaja yang boleh mencantikkan kulit. SUMBER: RNI Bukan vitamin sahaja yang boleh mencegah penyakit Bukan vitamin sahaja yang penting dalam kehidupan kita. comms@moh‎'‎


#InfoVitaminC #kaktihsave 
#VitaminC #sharingiscaring
#VitaminAsasUntukSemua


Contact: 019-3643376 (whatsApp) Fb: Norjanah Ramli Email: norjanahramli@gmail.com Shaklee Independent Distributor No 1141330

No comments:

Post a Comment